Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;
- Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.
- Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
- Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.
- Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.
- Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
- Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
- Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.
- Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
- Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
- Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
- Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.
- Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.
- Jangan terpengaruh dengan iklan.
- Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.
- Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.
No comments:
Post a Comment