Thursday, 12 April 2012

Tip Bijak Berbelanja




  • Rancang Perbelanjaan anda:-


  1. Harian
  2. Mingguan
  3. Bulanan
  4. Tahunan


  • Disiplin Diri
  1. Mengawal Perbelanjaan
  2. Mengawal Kewangan


  • Jangan belanja lebih dari pendapatan


  • Jangan berhutang


  • Kalau tidak mampu tangguh sahaja


  • Ada ‘target’ – tiap bulan jimat $50 - $100


  • Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli ketika ke kompleks membeli belah, dan pasar raya


  • Jangan ikut orang lain


  • Jangan mudah dipengerahui oleh barang-barang berjenama


  • Elakkan memiliki kad kredit


Wednesday, 11 April 2012

Bijak Menabung: Wanita perlu bijak menabung




Pepatah Melayu ada berkata: Sediakan payung sebelum hujan dan Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Dalam hidup serba moden terutamanya apabila tinggal di bandar besar, anda pasti berasa wang mengalir bagaikan air. Sekali pergi ke pasar basah saja, RM50 sudah tidak lagi mencukupi. Jika membeli-belah di pasaraya besar, dalam kocek sekurang-kurangnya mesti ada RM300 – RM400 sama ada untuk membeli keperluan bulanan ataupun lain-lain keperluan. Inipun adakalanya tidak mencukupi.

Lazimnya, ramai antara kita hanya akan menabung setelah ditolak semua perbelanjaan. Ada kalanya nilainya menjadi defisit kerana berbelanja lebih daripada pendapatan. Jika ini berlaku, bagi segelintir kad kredit menjadi penyelamat sedangkan ia bukan amalan sihat kerana ia akan menjerut anda dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.

Sebagai permulaan, bagaimanakah cara anda menabung? Adakah anda menggunakan formula berikut:

A. PENDAPATAN – PERBELANJAAN = TABUNGAN

B. PENDAPATAN – TABUNGAN = PERBELANJAAN atau

C. PENDAPATAN – TABUNGAN – PELABURAN = PERBELANJAAN

Kebanyakan kita menggunakan formula pertama iaitu akan berbelanja dulu dan bakinya baru disimpan. Cara pertama ini menunjukkan anda belum lagi dapat menguruskan kewangan anda dengan baik dan kemungkinan akan terjebak menggunakan kad kredit apabila keinginan berbelanja melebihi daripada keinginan menyimpan.

Bagi yang mula bekerja, memang akan ghairah berbelanja kerana mempunyai pendapatan sendiri. Namun setelah bertahun-tahun tetapi masih juga kering ataupun pokai setiap hujung bulan, anda mula akan tertanya-tanya ke mana perginya wang anda? Anda tidak nampak wang anda berkembang. Lama kelamaan akan timbul rasa kecewa, resah, diri berasa letih, penat bekerja tetapi tidak menunjukkan hasilnya. Hati anda juga akan berasa tidak tenteram kerana jika berlaku kecemasan anda tidak mempunyai sebarang tabungan.

Cara kedua pula hanya memastikan anda tidak menjadi miskin ataupun papa kedana. Wang yang anda simpan setiap bulan itu akan bertambah jumlahnya dan dapat membantu anda pada saat-saat kecemasan. Manakala cara ketiga memastikan anda menjadi kaya ataupun hidup mewah. Ini kerana sebahagian wang pendapatan anda bukan saja disimpan tetapi juga dilaburkan dalam beberapa instrumen pelaburan untuk sesuatu jangka masa tertentu bagi mendapat keuntungan.

Sebelum melaksanakan perancangan anda itu, tentukan dulu matlamat tabungan itu. Anda sekurang-kurangnya ada lapan jenis tabungan bergantung kepada keperluan. Contohnya tabungan pendidikan anak-anak, deposit rumah atau kereta idaman, percutian keluarga, haji dan umrah, simpanan persaraan, kecemasan, insurans dan cukai jalan dan juga Aidilfitri.

Ada simpanan ini yang bersifat jangka masa pendek dan ada untuk kegunaan jangka masa sederhana dan panjang. Tabungan jangka masa pendek seperti simpanan untuk membayar insurans dan cukai jalan kenderaan, percutian keluarga dan juga untuk menyambut Aidilfitri. Simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti menyimpan untuk membeli rumah ataupun kereta idaman, juga haji dan umrah sementara tabungan jangka masa panjang meliputi simpanan untuk pendidikan anak-anak anda dan juga persaraan hari tua.

Bagi setiap tabungan ini anda perlu tentukan berapakah jumlahnya yang perlu dikumpul misalnya untuk membeli rumah idaman yang harganya RM300,000 deposit yang anda perlukan adalah RM30,000. Jumlah itulah yang perlu anda kumpul. Jika menyimpan untuk menunaikan umrah atau haji, dapatkan jumlah sebenarnya dan jumlah itulah yang akan menjadi matlamat tabungan anda.

Tabungan kecemasan pula perlu mempunyai dana atau wang terkumpul sekurang-kurangnya tiga bulan gaji kasar anda.

Setelah menentukan jumlah yang perlu dikumpul bagi setiap jenis tabungan itu berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan? Jika mengikut prinsip buku The Richest Man in Babylon, hanya 10% daripada pendapatan diketepikan untuk disimpan dalam jangka masa panjang. Yang idealnya jika anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya 30% hingga 40% daripada wang gaji kasar anda.

Sebagai permulaan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencatat semula perbelanjaan anda itu dalam sebuah buku khas setiap hari. Setiap hujung bulan anda kelaskan mengikut kategori seperti perbelanjaan untuk anak-anak, bayaran tetap (bayaran pinjaman rumah, kenderaan ataupun peribadi), telefon dan utiliti, makan luar, keperluan dapur, balik kampung ataupun perbelanjaan peribadi. Setelah melihat aliran tunai wang, anda boleh membuat penilaian sendiri yang mana harus dikurangkan bagi tujuan penjimatan.

Sebagai wanita ada masanya kita berasa terpanggil untuk membeli-belah apatah lagi apabila adanya promosi ataupun musim jualan mega. Sebulan sekali membelai diri memang digalakkan tetapi berbelanja biarlah berpada-pada.

Prinsip paling penting, bayar diri anda dulu sebagai upah setelah penat bekerja seharian selama sebulan. Anda tentu lebih tenang apabila mempunyai banyak wang dalam tangan daripada terpaksa mengikat perut sementara menanti hujung bulan!




Pepatah Melayu ada berkata: Sediakan payung sebelum hujan dan Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Dalam hidup serba moden terutamanya apabila tinggal di bandar besar, anda pasti berasa wang mengalir bagaikan air. Sekali pergi ke pasar basah saja, RM50 sudah tidak lagi mencukupi. Jika membeli-belah di pasaraya besar, dalam kocek sekurang-kurangnya mesti ada RM300 – RM400 sama ada untuk membeli keperluan bulanan ataupun lain-lain keperluan. Inipun adakalanya tidak mencukupi.
Lazimnya, ramai antara kita hanya akan menabung setelah ditolak semua perbelanjaan. Ada kalanya nilainya menjadi defisit kerana berbelanja lebih daripada pendapatan. Jika ini berlaku, bagi segelintir kad kredit menjadi penyelamat sedangkan ia bukan amalan sihat kerana ia akan menjerut anda dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.
Sebagai permulaan, bagaimanakah cara anda menabung? Adakah anda menggunakan formula berikut:
A. PENDAPATAN – PERBELANJAAN = TABUNGAN
B. PENDAPATAN – TABUNGAN = PERBELANJAAN atau
C. PENDAPATAN – TABUNGAN – PELABURAN = PERBELANJAAN
Kebanyakan kita menggunakan formula pertama iaitu akan berbelanja dulu dan bakinya baru disimpan. Cara pertama ini menunjukkan anda belum lagi dapat menguruskan kewangan anda dengan baik dan kemungkinan akan terjebak menggunakan kad kredit apabila keinginan berbelanja melebihi daripada keinginan menyimpan.
Bagi yang mula bekerja, memang akan ghairah berbelanja kerana mempunyai pendapatan sendiri. Namun setelah bertahun-tahun tetapi masih juga kering ataupun pokai setiap hujung bulan, anda mula akan tertanya-tanya ke mana perginya wang anda? Anda tidak nampak wang anda berkembang. Lama kelamaan akan timbul rasa kecewa, resah, diri berasa letih, penat bekerja tetapi tidak menunjukkan hasilnya. Hati anda juga akan berasa tidak tenteram kerana jika berlaku kecemasan anda tidak mempunyai sebarang tabungan.
Cara kedua pula hanya memastikan anda tidak menjadi miskin ataupun papa kedana. Wang yang anda simpan setiap bulan itu akan bertambah jumlahnya dan dapat membantu anda pada saat-saat kecemasan. Manakala cara ketiga memastikan anda menjadi kaya ataupun hidup mewah. Ini kerana sebahagian wang pendapatan anda bukan saja disimpan tetapi juga dilaburkan dalam beberapa instrumen pelaburan untuk sesuatu jangka masa tertentu bagi mendapat keuntungan.
Sebelum melaksanakan perancangan anda itu, tentukan dulu matlamat tabungan itu. Anda sekurang-kurangnya ada lapan jenis tabungan bergantung kepada keperluan. Contohnya tabungan pendidikan anak-anak, deposit rumah atau kereta idaman, percutian keluarga, haji dan umrah, simpanan persaraan, kecemasan, insurans dan cukai jalan dan juga Aidilfitri.
Ada simpanan ini yang bersifat jangka masa pendek dan ada untuk kegunaan jangka masa sederhana dan panjang. Tabungan jangka masa pendek seperti simpanan untuk membayar insurans dan cukai jalan kenderaan, percutian keluarga dan juga untuk menyambut Aidilfitri. Simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti menyimpan untuk membeli rumah ataupun kereta idaman, juga haji dan umrah sementara tabungan jangka masa panjang meliputi simpanan untuk pendidikan anak-anak anda dan juga persaraan hari tua.
Bagi setiap tabungan ini anda perlu tentukan berapakah jumlahnya yang perlu dikumpul misalnya untuk membeli rumah idaman yang harganya RM300,000 deposit yang anda perlukan adalah RM30,000. Jumlah itulah yang perlu anda kumpul. Jika menyimpan untuk menunaikan umrah atau haji, dapatkan jumlah sebenarnya dan jumlah itulah yang akan menjadi matlamat tabungan anda.
Tabungan kecemasan pula perlu mempunyai dana atau wang terkumpul sekurang-kurangnya tiga bulan gaji kasar anda.
Setelah menentukan jumlah yang perlu dikumpul bagi setiap jenis tabungan itu berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan? Jika mengikut prinsip buku The Richest Man in Babylon, hanya 10% daripada pendapatan diketepikan untuk disimpan dalam jangka masa panjang. Yang idealnya jika anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya 30% hingga 40% daripada wang gaji kasar anda.
Sebagai permulaan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencatat semula perbelanjaan anda itu dalam sebuah buku khas setiap hari. Setiap hujung bulan anda kelaskan mengikut kategori seperti perbelanjaan untuk anak-anak, bayaran tetap (bayaran pinjaman rumah, kenderaan ataupun peribadi), telefon dan utiliti, makan luar, keperluan dapur, balik kampung ataupun perbelanjaan peribadi. Setelah melihat aliran tunai wang, anda boleh membuat penilaian sendiri yang mana harus dikurangkan bagi tujuan penjimatan.
Sebagai wanita ada masanya kita berasa terpanggil untuk membeli-belah apatah lagi apabila adanya promosi ataupun musim jualan mega. Sebulan sekali membelai diri memang digalakkan tetapi berbelanja biarlah berpada-pada.
Prinsip paling penting, bayar diri anda dulu sebagai upah setelah penat bekerja seharian selama sebulan. Anda tentu lebih tenang apabila mempunyai banyak wang dalam tangan daripada terpaksa mengikat perut sementara menanti hujung bulan!


Read More: http://www.serikasih.com/bijak-menabung-wanita-perlu-bijak-menabung#ixzz1taGrYlzT

Berbelanjalah Secara Bijak



Pada bulan Mac ini sekali lagi Karnival Jualan Mega Malaysia dilancarkan. Ini bertujuan menggalakkan rakyat jelata berbelanja bagi merancakkan kegiatan ekonomi yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara. Sudah tentulah ramai pengguna yang mengambil kesempatan ini untuk berbelanja dan menikmati tawaran-tawaran harga yang menarik daripada setiap peniaga.

Bagaimanapun, dalam keseronokkan kita berbelanja, pengguna perlu ingat akan kemampuan masing-masing dan perlulah bertindak sebagai pengguna yang bijak dalam pasaran. Berikut dinyatakan beberapa panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;


  • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya. 


  • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.  


  • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.  


  • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli. 


  • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged). 


  • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.  


  • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.


  • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.  


  • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.  


  • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.


  • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.


  • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.


  • Jangan terpengaruh dengan iklan.


  • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.


  • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.   



Tuesday, 10 April 2012

7 Langkah Bijak Berbelanja


Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.


Berbelanjalah Secara Bijak. Anda Mampu Mengubahnya !



Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

  • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.
  • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
  • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.
  • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.
  • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
  • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
  • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.
  • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
  • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
  • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
  • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.
  • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.
  • Jangan terpengaruh dengan iklan.
  • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.
  • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.



Monday, 9 April 2012

Perlu bijak jika beli-belah di talian



SETIAP kali bercerita mengenai cara mudah membeli-belah, pasti ramai menjawab pembelian secara dalam talian. Ia dikatakan lebih selesa dan banyak pilihan berbanding membeli-belah di kompleks beli-belah atau kedai.

Pembelian secara dalam talian banyak menawarkan koleksi fesyen atau peralatan lain dalam negara mahupun produk luar yang dikumpulkan dalam laman web sama bagi menarik perhatian pengguna.
Apabila menyentuh soal pembelian secara dalam talian, topik transaksi bayaran pasti menjadi wadah utama setiap kali ingin mendapatkan barangan digemari.

Jika tidak berhati-hati, pengguna mudah ditipu malah ia boleh menjadi sejarah hitam apabila maklumat nombor akaun atau kad kredit dicuri dan digunakan penjenayah siber.

Penyokong Keselamatan Internet dan Pengarah Perniagaan Pengguna Norton Asia, Effendy Ibrahim berkata, pengguna perlu mempunyai pengetahuan pembelian secara dalam talian, kos yang efektif ketika membeli-belah, cekap dan memastikan proses dijalankan selamat.

“Internet menjadi pilihan membeli-belah kepada pengguna, namun mereka perlu sedar dengan penipuan dalam talian yang kerap terjadi sekali gus merosakkan peralatan digunakan.

“Apabila menjalankan perniagaan dalam talian, pengguna perlu sentiasa mencari pihak ketiga yang diiktiraf bagi memastikan laman web dilayari melalui pengimbas malware untuk memastikan keselamatan peribadi sentiasa terjamin.

“Ia perlu ada sebagai alat memberi amaran terhadap kemungkinan berlaku ancaman berbahaya ketika urusan transaksi antara pembeli dan penjual dilakukan,” kata Effendy yang menyarankan kepada pengguna untuk memiliki pengimbas dalam komputer peribadi (PC) mereka.

Antara sistem keselamatan yang popular kini adalah Norton Internet Security atau Norton 360 yang berfungsi bagi mengenal pasti penipuan laman web dan mengesahkan kesahihannya.

“Melaluinya, pengguna boleh melayari, membeli-belah dan melakukan urusan perbankan dalam talian dengan yakin tanpa mendedahkan diri mereka kepada laman web yang berbahaya.

“Ia perlu diketahui dan dimiliki bagi mereka yang gemarkan aktiviti membeli barangan secara dalam talian. Ini kerana antivirus akan melakukan imbasan e-mel dan mesej bagi mengenal pasti dengan segera terhadap virus yang terdapat di situ, pautan mencurigakan dan lampiran yang dijangkiti.

“Mengenal pasti laman web yang selamat secara proaktif mampu menyekat bahaya daripada laman lain dan menghentikan ancaman sebelum pengguna sempat melayarinya,” katanya.

Norton Safe Web pula adalah alat yang terdapat dalam kedua-dua Norton Internet Security dan Norton 360 yang menawarkan perlindungan pembeli dalam talian dengan amaran.

Ia dapat membantu menyekat laman web yang tidak selamat dan palsu walaupun pengguna hanya melakukan aktiviti mencari.

Ciri-ciri ini menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membezakan laman web yang selamat agar terhindar daripada penipuan.

Ia turut menyediakan penilaian tapak visual dalam hasil carian ketika pengguna melayarinya secara langsung ke laman web tertentu.

Oleh kerana sifat ancaman web (seperti memandu sambil muat turun) ia juga akan memberi amaran kepada pengguna sebelum mereka melawat laman web yang mengandungi kandungan berbahaya.

Di samping itu, ia turut menyediakan penilaian keselamatan e-dagang yang membantu pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai tempat selamat untuk membeli-belah dalam talian.

Selain itu, masalah kecurian identiti kini semakin meningkat dengan penggunaan Internet yang meluas. Pencuri identiti kini mewujudkan program perisian yang berniat jahat untuk mengambil maklumat akaun dan kata laluan pengguna ketika melakukan urusan membeli-belah atau transaksi perbankan dengan bertindak balas memberikan e-mel palsu meminta pengesahan nombor akaun.

Nombor kad kredit juga mampu dicuri dan mereka akan menjual di pasaran haram yang akan membolehkan pencuri di seluruh dunia membelinya serta membuat bayaran pada nombor akaun yang diambil.

Sesetengah mereka menganggarkan, penipuan kad kredit memberi kesan kepada satu dalam 20 pengguna. Walaupun liabiliti kewangan pemegang kad kredit untuk bayaran penipuan terhad, tetapi ia bersebab untuk anda melindungi keselamatan nombor kad kredit masing-masing.

Walaupun ia menjamin anda tidak menjadi mangsa penipuan kad kredit, pengguna perlu berusaha dan berhati-hati untuk melindungi diri daripada terjerumus dengan aktiviti penjenayah siber itu.

Effendy mengingatkan pengguna, program antivirus dan antispyware adalah penting jika gemarkan aktiviti membeli-belah secara dalam talian, urusan perbankan atau mengekalkan maklumat peribadi di dalam komputer anda.

Selain untuk melindungi maklumat, ia juga boleh menghalang komputer daripada kawalan penggodam. Pasang dan kerap kemas kini perisian firewall, antivirus dan penyelesaian antispyware untuk perlindungan menyeluruh.

Walaupun terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melindungi identiti anda, ada beberapa perkara penting yang harus diambil kira.

“Walaupun sentiasa berhati-hati, ia bukan bermakna penggodam tidak dapat menggodam maklumat majikan dan bank, antara sebab penting untuk mengekalkan pengawasan maklumat secara berterusan terhadap akaun serta laporan kad kredit.

“Ini kerana, tempoh yang diambil selama beberapa bulan untuk mengetahui keputusan jika anda menjadi mangsa kecurian identiti. Ketika itu, penggodam sudah berjaya mencuri nombor akaun serta menjalankan urusan pembelian atas nama mangsa,” katanya.

Selain itu, pantau aktiviti ke atas semua akaun kewangan daripada perbankan pelaburan kepada kad kredit. Jika menerima amaran atau laporan institusi kewangan terhadap aktiviti akaun yang luar biasa, maklum balas secepat mungkin kepada pihak bank.

Seterusnya, laporkan jenayah terbabit kepada pihak berkuasa seperti CyberSecurity Malaysia atau Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.

Fakta:

Berikut adalah beberapa cara bijak yang boleh dilakukan untuk melindungi kad kredit:

1- Berhati-hati tidak kira tempat ketika membeli-belah walaupun ramai pengguna mengambil langkah berjaga-jaga membeli di destinasi popular dalam talian dan mempercayai mereka selamat.

Namun, penjenayah siber biasanya gemar mengeksploitasi maklumat dengan menyasarkan laman web tertinggi dilayari. Penting untuk menggunakan alat pengimbas malware yang dapat memberi amaran kepada anda jika laman web terbabit berisiko.

2- Semak dan kaji semula penjual. Perniagaan secara dalam talian perlu mempunyai alamat fizikal, nombor telefon khidmat pelanggan dan dasar pulangan yang boleh disahkan jika anda menerima barang yang rosak.

3- Jangan ‘phished’ atau ‘pharmed’. Penipu menggunakan samaran sebagai laman web sah (phishing) untuk membawa anda ke bahagian maklumat peribadi dengan menghantar e-mel yang meminta mengesahkan maklumat kad kredit atau mengemas kini kata laluan anda. Perniagaan yang sah tidak akan meminta anda untuk melakukan proses melalui e-mel seperti itu.

Pharming lebih sukar untuk dikesan. Ia laman web palsu, pengguna ditipu dengan maklumat yang didedahkan. Penyelesaian keselamatan yang baik adalah perlindungan terbaik terhadap ‘phishing’ dan ‘pharming’. Perlu diingat, pengguna juga perlu menaip alamat web kedai dalam pelayar dan bukannya klik pada pautan daripada emel.

4- Membeli-belah di laman web selamat Secure Sockets Layer (SSL). Sesetengah laman web adalah ‘selamat diperakui’ dan memaparkan sijil sama ada di laman web peribadi mereka atau di bahagian semakan. Laman web ini menawarkan SSL keselamatan.

5- Kredit, tidak kad debit. Salah satu yang paling hangat diperkatakan mengenai kebimbangan urusan membeli-belah dalam talian adalah penipuan kad kredit. Ironinya, membayar dengan kad kredit adalah cara yang paling selamat untuk
membeli-belah di laman web.

Teknologi pengesahan dibuat kebanyakan urus niaga secara selamat. Selain itu, kad kredit biasanya menawarkan perlindungan terhadap penipuan, kehilangan penghantaran, kerosakan barangan dan masalah lain berbanding kad debit.

6- Pertimbangkan satu kad kredit yang digunakan hanya untuk pembelian secara dalam talian dan ambil perhatian terhadap laporannya serta bil yang diterima.

7- Laporkan sebarang penipuan dalam pembelian atau aktiviti yang mencurigakan terhadap kad kredit kepada pihak bank.


Tip Membeli-belah Jualan Murah



Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.

Baca iklan-iklan jualan murah
Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.


Sunday, 8 April 2012

Membeli-Belah Secara Bijak



Melihat keghairahan orang ramai berbelanja menjelang musim perayaan kadangkala memang boleh mencetuskan kekecohan, bagaikan rezeki setahun yang dicari mahu dihabiskan dalam masa sehari. Para penjual mula mengambil kesempatan dengan mengumpan tawaran istimewa itu dan ini sehingga membuatkan pengguna kelabu mata dan berbelanja semahunya.

Pengguna berhak diberi peluang untuk memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan. Setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia seperti telah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

Mari kita lihat apakah perkara yang harus diamalkan:
Sebelum anda membeli-belah
Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyalah diri anda - Adakah saya memerlukannya? Adakah saya mampu membelinya?  Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh membantu menjawab soalan ini. Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan ini ataupun anda telah berbelanja lebih bagi bulan tersebut.  

  1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli.
  2. ‘Window-shop’ tanpa membawa wang yang banyak.
  3. Jangan jadikan membeli belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan.
  4. Sekiranya kita hendak membeli sesuatu barang yang khusus pastikan kewangan kita mencukupi. Jika tidak kita mungkin akan membeli secara kredit.
  5. Jangan bawa anak-anak yang sering mendesak untuk membeli sesuatu yang kurang perlu atau keluar dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah.
  6. Tinggalkan kad kredit di rumah untuk mengelak belanja secara berlebihan.
  7. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah yang mencukupi sahaja
  8. Jangan membeli belah untuk menunjuk-nunjuk pada pesaing, rakan ataupun jiran.
  9. Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan yang kita minat di laman web jualan lelong seperti lelong.com atau mudah.my. Ini kerana kita mungkin terjumpa dengan barangan yang diminati dalam harga yang murah walaupun sebenarnya kita belum memerlukan barangan berkenaan pada waktu itu.
  10. Jangan amalkan singgah di pasar raya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja.
  11. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.
  12. Semasa anda membeli-belah

Bersederhana dalam perbelanjaan.

  1. Kualiti produk mungkin sama dengan jenama lebih murah.
  2. Jangan mudah terpengaruh tawaran istimewa.
  3. Buat perbandingan harga.
  4. Sentiasa memeriksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian
  5. Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dalam keadaan perut kosong.
  6. Periksa rak bawah barangan di pasar raya sekiranya barangan itu tidak dinaikkan harga
  7. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja.
  8. Untuk jualan murah, sila teliti kualiti barangan yang dipamerkan dan pastikan barangan yang dipamer itu di bawah promosi.
  9. Tawar harga barangan seberapa boleh jika membeli di kedai biasa.
  10. Ketahui dan dapatkan maklumat mengenai hak-hak pembeli seperti polisi pemulangan, kos penghantaran dan sebagainya.
  11. Berani mengatakan “tidak” sekiranya tidak memerlukan barangan yang ditawarkan.
  12. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika anda tidak ada kemampuan.
  13. Periksa keseluruhan kedai untuk mendapatkan harga terbaik.
  14. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  15. Beralih kepada barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga.

Selepas anda membeli-belah

  1. Buat aduan terhadap barang yang rosak jika masih dalam waranti.
  2. Kira semula wang yang telah anda belanjakan. Jika masih ada baki, simpan wang tersebut. Sekiranya perbelanjaan anda sudah melebihi bajet, atur semula perbelanjaan anda, dan pastikan anda tidak mengulangi kesilapan ini lagi.
  3. Kekalkan barangan yang anda telah beli dalam keadaan yang boleh dikembalikan atau dijual semula. anda perlu  memastikan polisi pemulangan semula barangan di kedai tersebut sekiranya mahu memulangkan semula barangan yang anda tidak perlukan.

Kesimpulan
Sekiranya, pembelian barangan tersebut merupakan suatu kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. Dengan berbuat demikian, anda telah berbelanja secara berhemat dan hidup mengikut kemampuan anda.

Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara berhemat akan mencegah anda serta orang lain daripada menghadapi masalah kewangan. Mengendalikan kewangan peribadi anda secara bertanggungjawab adalah mudah jika anda mula belajar mengatakan ‘tidak’ sekiranya anda tidak mampu membelinya.

Ambillah masa untuk memikirkan sama ada perlu untuk membelanjakan wang dan adakah anda mampu berbelanja mengikut bajet yang telah disediakan? Ingat, apabila anda berkata ‘tidak’ untuk berbelanja sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda berada selangkah lebih hampir untuk mencapai impian kewangan anda.

Dalam kehidupan, sentiasa ada alternatif untuk membuat pilihan lain. Tinjau pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda. Tukar tanggapan atau persepsi anda, jika perlu. Daripada membeli kereta, gunalah pengangkutan awam sebagai alternatif untuk pergi ke bandar. Justeru anda bukan saja dapat menjimatkan wang, malah  boleh menyumbang secara positif kepada alam sekitar.


Saturday, 7 April 2012

10 Tip Jimat Belanja di Hipermarket



Assalamualaikum.

Semoga kesejahteraan dan keselamatan melimpahi dunia tuan puan dan akhiratnya juga. Allahumma amin…

Pada hari ini saya ingin berkongsi tip menjimatkan perbelanjaan di hipermarket. Pada masa sekarang, kewujudan hipermarket sangat meluas, dan mulai masuk ke pinggir-pinggir bandar dan bandar satelit. Justeru, semakin ramai yang terkena perangkap hipermarket.

Ramai orang beranggapan, membeli-belah di hipermarket lebih murah dan lebih jimat, kerana kita dapat membeli murah dan dapat lebih banyak. Namun, ramai yang tidak menyedari, ungkapan ‘jimat apabila beli banyak’ ini sebenarnya memerangkap kita supaya membeli lebih banyak barangan melebihi keperluan kita. Kadangkala kita terpaksa membeli banyak, kerana kita tidak dibenarkan membeli sedikit. Oleh itu, di sini saya kongsikan beberapa tip menjimatkan belanja apabila kita berbelanja di hipermarket. Semoga bermanfaat!

10 Tip Jimat Belanja di Hipermarket

1) Gunakan wang tunai. Elakkan penggunaan kad kredit. Kad kredit membuatkan kita merasakan kita mampu membayar barangan yang dibeli, meskipun troli sudah penuh. Sedangkan, sekiranya kita menggunakan wang tunai, kita tidak mampu membayarnya.  Statistik awal 2011 menunjukkan, lebih 50% golongan muda di bawah umur 35 tahun menjadi muflis disebabkan oleh perangkap kad kredit. Ingat, hipermarket mempunyai pelbagai taktik bagi memerangkap kita supaya membeli lebih banyak.

2) Gunakan bakul. Elakkan menggunakan troli, melainkan barang yang mahu dibeli itu sangat banyak dan tidak muat dimasukkan ke dalam troli. Mengapa kita perlu menggunakan bakul dan bukan troli? Kajian tingkahlaku pembeli menunjukkan, pembeli yang membawa troli kosong akan merasa malu kerana trolinya tidak penuh dan melihat pembeli lain memenuhkan troli. Justeru, pembeli tersebut cenderung memenuhkan trolinya sendiri meskipun wang yang dibawanya belum tentu cukup.

Jika perangkap jenis ini digabungkan dengan perangkap kad kredit, habislah kita!

Jika kita menggunakan bakul, kita cenderung untuk tidak menambahkan barangan ke dalamnya kerana beban bakul semakin berat. Oleh itu, wang kita pun jimat!

3)  Dapatkan katalog hipermarket dan baucar diskaun dan percuma yang dikeluarkan setiap tahun. Dapatkan juga kalendar promosi hipermarket, supaya kita dapat merancang masa yang sesuai pergi membeli-belah. Promosi tempoh terhad seperti ini, membolehkan kita membeli barangan yang kita perlukan dengan menggunakan baucar. Namun, berhati-hati, kerana kita mungkin terperangkap untuk membeli barangan yang ditawarkan murah, meskipun kita tidak perlukannya, dan tidak menggunakannya dengan kuantiti yang banyak.

4) Gunakan kad ahli supaya lebih banyak mendapat diskaun. Hipermarket seperti Tesco dan Mydin, menawarkan kad keahlian bagi pemilik-pemilik bisnes. Sekiranya kita mempunyai kenalan atau ahli keluarga pemilik kedai runcit, mohon supaya mereka mendapatkan kad tambahan bagi kita. Harga barangan bagi pemilik kad seperti ini, jauh lebih murah berbanding kad keahlian biasa dan kad keahlian pengguna biasa. Dokumen yang diperlukan adalah salinan sijil SSM. Kita akan diminta mengisi borang keahlian dan membayar yuran tertentu.

5) Rancang perbelanjaan terlebih dahulu sebelum pergi ke hipermarket. Bagi barangan basah, pembelian boleh dibuat dalam tempoh dua minggu sekali atau seminggu sekali. Bagi barangan kering, pembelian boleh dibuat dalam tempoh sebulan sekali.

6) Bawa wang secukupnya sahaja, apabila kita ke hipermarket. Pastikan wang yang dibawa selaras dengan rancangan perbelanjaan yang kita buat.

7) Beli barangan di luar musimnya. Pada musim tertentu seperti musim perayaan, sesetengah hipermarket menaikkan harga barangan mereka, berbanding pada luar musim. Contohnya, sebelum hari raya, kuih raya dijual dengan harga yang tinggi. Tetapi pada malam raya, harga kuih raya jatuh mendadak. Sedangkan, kuih raya diperlukan bukan sahaja pada hari raya, tetapi juga pada hari-hari selepas raya, seperti untuk rumah  terbuka dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu membelinya pada waktu barangan itu masih murah.

8) Berhati-hati dengan barangan promosi murah. Sesetengah hipermarket meletakkan harga yang murah pada barangan stok lama, hampir tamat tarikh lupus, stok rosak dan tercemar. Periksa barangan terlebih dahulu sebelum membelinya.

9) Catitkan harga barangan di rak, pada kertas, dan bandingkan dengan harga di kaunter. Sesetengah hipermarket menipu pengguna apabila harganya tidak selaras. Justeru, kadangkala pengguna terpaksa membayar lebih tanpa disedari kerana perbezaan harga ini.

10) Baca doa masuk pasar sebelum kita memasuki hipermarket. Nabi Muhammad menggalakkan kita membaca doa masuk pasar sebelum masuk pasar. Apatah lagi dengan HIPERmarket yang sudah tentu lebih besar dan hebat perangkapnya. Membaca doa masuk pasar dapat mengelakkan kita meliarkan pandangan kepada pengunjung yang tidak menutup aurat, mengelakkan kita daripada terkena perangkap kewangan dan menjaga kita daripada nafsu membeli-belah apa yang tidak perlu. Juga mengelakkan kita lalai dalam tanggungjawab, seperti menunaikan sembahyang dan menjaga anak-anak.

Doa Masuk Pasar
 Umar bin al-Khattab melaporkan, “Rasulullah berpesan, “Sesiapa masuk ke dalam pasar dan mengucapkan,


لاَ Ø¥ِÙ„َـهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙŠُØ­ْÙŠِÙŠْ ÙˆَÙŠُÙ…ِÙŠْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø­َÙŠٌّ لاَ ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ، بِÙŠَدِÙ‡ِ الْØ®َÙŠْرُ، ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرُ.
“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, yang satu, tiada rakan lain bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan, milik-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dialah yang hidup, tidak akan mati. Di tangan-Nya kebaikan. Dialah yang sangat berkuasa ke  atas setiap perkara.”

Maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan, dan menghapuskan darinya sejuta keburukan, serta membangunkan baginya sebuah rumah di syurga.’”

(Direkodkan oleh Tirmizi: 5/291 dan Al-Hakim: 1/538. Dan Al-Albani menyatakan,
hadith tersebut hasan dalam Sahih Ibnu Majah: 2/21
dan Shahih At-Tirmidzi: 2/152)


5 tip kewangan yang mudah untuk diamalkan



Walaupun saya sekarang masih tidak berapa pandai untuk menguruskan kewangan saya secara efektif, tapi tip atau pandangan saya dalam artikel ini adalah apa yang saya pelajari dari mereka yang telah berjaya dalam membebaskan diri mereka dari perangkap tikus kewangan. Saya dengan secara lansungnya cuba untuk mempraktikkan tip yang telah disarankan. Berikut merupakan 5 tip yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan makan di luar
Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3x kos menyediakan makan sendiri di rumah. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai contoh sebelum keluar rumah, makan siap2 supaya kita tidak perlu makan di luar.

Selain daripada itu, amalkan membawa bekal makanan ke pejabat kerana ia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan. Saya pernah melakukan ini semasa saya bekerja dan terbukti saya boleh rasakan lebihan kewangan yang saya ada sehingga hujung bulan. Kalau sehari RM5 makan, 20 hari bekerja sebulan, bermakna dalam RM100 dapat dijimatkan.

2. Membuat catatan dan merancang pembelian
Tip ini adalah saranan dari Mekanik Wang Abang Abu. Saya pernah mengamalkan tip ini semasa saya berada di sekolah menengah rendah dahulu walaupun sudah agak lama, tapi masih segar di ingatan saya apabila setiap hari saya mencatat perbelanjaan harian saya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian saya. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri. Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.

3. Perbelanjaan = pendapatan - simpanan
Tip ini disaran oleh ajen pelaburan saya mengenai pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan iaitu simpanan = pendapatan - perbelanjaan. Cara ini menyebabkan kita meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Seharusnya kita perlu mengubah cara kita berfikir dalam mengurus kewangan kita supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Oleh itu perkara yang pertama kita perlu buat apabila kita memperoleh pendapatan, tetapkan satu jumlah dari pendapatan tersebut sebagai simpanan. Seranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.

4. Menjaga harta dengan baik
Saya mendapat tip ini semasa saya habis sekolah tingkatan 5 pada waktu itu saya bekerja menolong atuk saudara dalam industri perikanan air tawar. Datuk saudara saya ini orang yang berada. Saya masih ingat ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga saya pada waktu itu bilamana saya tidak menjaga semua barang-barang dengan baik dan ambil sikap mudah dalam menggunakan setiap mesin rumput, mesin pemotong kayu dengan cara yang kasar tanpa memikirkan akibat ia kemungkinan akan rosak. Satu ayat yang masuk dalam kepala otak saya hingga sekarang di mana datuk saudara saya memarahi saya "orang tak pandai jaga harta akan papa (miskin)". Mulanya saya tak ambil kisah tapi lama kelamaan ayat itu semakin relevan.

Dikuatkan lagi saranan dari Mekanik Wang Abang Abu, memang betul apa yang diperkatakan. Kita ambil contoh satu senario di mana kasut sekiranya digosok dan polish setiap kali lepas pakai, ia akan bertahan lebih lama dan tak mudah rosak, tapi sekiranya kita tidak pernah ambil kisah untuk polish kasut tersebut, jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek dan akibatnya kita terpaksa membeli kasut baru yang sudah pasti memerlukan kita mengeluarkan wang. Mungkin contoh yang lebih relevan ialah cara kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan(minta dijauhkan) dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Tahukah anda, panduan yang lebih laju untuk jarak yang sama sebenarnya menggunakan lebih bahan api?

5. Elak menggunakan kad kredit semasa berbelanja
Pada beberapa tahun yang sudah, saya selalu membeli menggunakan kad kredit untuk barang keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan saya selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil. Walaupun saya tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya saya akan bayar penuh setiap bulan, tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentality kita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan  kita masih tidak mencapai tahap itu.


Thursday, 5 April 2012

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah



Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan   harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:

* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih  jenama barangan tertentu.

* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.

* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.

* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.

* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.

* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.

* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.


TIPS JIMAT BERBELANJA ketika harga barangan meningkat



Harga barangan untuk kegunaan harian semakin hari semakin meningkat.Harga pada hari ini belum tentu sama dengan harga barang tiga hari akan datang.Pendapatan kita tetap sama, kalau ada pertambahan pun keena tunngu di tahun hadapan.Apa yang paling mengharukan apabila gaji sudah sampai di tahap maksimum maka ri9maslah dibuatnya.Cuba ikut tip di bawah bagaimana untuk mengawal perbelanjaan kita.

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri

Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.


Wednesday, 4 April 2012

10 Tips cara jimat wang dengan cepat !



Ini adalah senarai penting dan tips untuk membantu anda menjimatkan wang dengan cepat.

* Tips Jimat Wang 1

* Kurangkan perbelanjaan. Review apa yang anda habiskan dan melihat cara anda boleh menjimatkan wang. Pertimbangkan untuk membuat panggilan telefon misalnya hanya pada waktu off-peak. Adakah anda benar-benar perlu mempunyai surat khabar dan majalah dibeli setiap bulan? Memilih untuk membuat kopi atau teh sendiri tanpa perlu minum di kedai mamak? Bagaimana menggunakan perpustakaan awam daripada membeli buku atau CD muzik? Setelah anda mula mencari cara-cara kecil untuk menjimatkan wang, ia sedikit sebanyak melatih anda untuk berjimat pada perkara yang tidak penting.

* Tips Jimat Wang 2

* Buat anggaran peribadi. Hal ini penting bagi keluarga dan individu dan boleh menjadi cara terpantas untuk menjimatkan wang. Anda akan secara langsung dapat melihat pendapatan anda dan pengeluaran selepas anda membuat anggaran anda. Anda tidak akan dapat menjimatkan wang kecuali anda tahu berapa banyak wang yang anda miliki, dan berapa banyak wang yang anda belanjakan keluar.

* Tips Jimat Wang 3

* Borong lebih baik. Fikirkan tentang belanja dan membeli dalam jumlah yang besar. Penjimatan wang belanja bahan makanan juga bahan lain akan dapat dijimatkan ketika membeli. Anda juga boleh menjimatkan wang dengan memasak dalam jumlah yang besar. Ini adalah cara nyata anda boleh menjimatkan wang dengan sedikit persiapan dan hampir tidak ada pengeluaran tambahan. Simpan Wang dengan membeli dalam jumlah besar setiap kali anda boleh. Pastikan anda membeli barang yang anda biasa gunakan, kadang-kala walaupun barang itu murah, tapi ia tidak praktikal untuk digunakan, dan akhirnya pembaziran berlaku. Cara ini juga merupakan strategi yang baik untuk menghadapi keadaan kecemasan dan bertahan hidup.

* Tips Jimat Wang 4

* Pastikan Jualan murah adalah benar-benar sale. Pastikan anda telah melihat barang yang anda ingin beli ketika ia pada harga biasa dan ketika jualan murah. Anda harus yakin jualan benar-benar merupakan jualan dan bukan strategi pemasaran kreatif kedai untuk mendorong anda untuk menghabiskan wang anda tanpa berfikir. Selepas anda telah meneliti harga sebenarnya dari suatu produk (produk apapun) anda berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil keuntungan dari penjualan, tawaran istimewa atau diskaun dan benar-benar menjimatkan wang anda. "Beli satu percuma satu", "50% off", dan "Diskaun besar" hanya akan membantu anda menjimatkan wang jika harga sebenarnya yang anda bayarkan akan lebih rendah daripada apa yang akan anda bayar ditempat lain pada barangan yang sama.

* Tips Jimat Wang 5

* Beli barang terpakai. Tentu, kita semua ingin membeli baru. Tapi ada wang tabungan besar yang akan dibuat dalam membeli digunakan. Biasanya kereta kehilangan satu pertiga daripada nilai mereka dalam 24 bulan pertama dari baru. Mengapa tidak membeli kereta 24 bulan tua? item lain seperti pakaian boleh berharga bahkan kurang sehari selepas baru. Mencari cara untuk membeli barang "seperti baru" dan ini dapat membantu anda menjimatkan wang. Mungkin ada produk terpakai tertentu yang boleh anda pertimbangkan untuk membelinya contohnya: kereta, pakaian, barang elektronik, barang kebun ... perkakas dan gudang, alat rumah tangga ... periuk dan kuali, senarai barang bekas di mana anda boleh menyimpan wang.

* Tips Jimat Wang 6

* Jangan membawa hutang berlebihan. Beberapa hutang dalam hidup kita mungkin penting. Kita mungkin perlu meminjam dari bank untuk membeli rumah, kita mungkin perlu menggunakan kad kredit kita untuk melakukan pembelian hingga ke hari gaji, tapi tujuan anda untuk menjimatkan wang harus untuk memiliki hutang yang sesedikit mungkin. Kad Kredit biasanya adalah hutang paling mahal yang kita bawa. Anda akan dapat menjimatkan wang setiap bulan jika anda membuat peraturan yang mutlak untuk menjelaskan baki anda setiap bulan. Jika anda boleh mempunyai disiplin untuk melakukan hal ini anda akan menjimatkan wang dengan berkesan terhadap hutang yang ada, sehingga tidak mengenakan bunga terhadap kad kredit anda.

* Tips Jimat Wang 7

* Simpan Wang. Tidak, maksud saya benar-benar menjimatkan wang. Setiap minggu atau setiap bulan masukkan ke dalam jumlah yang tetap ke dalam akaun anda berasingan. Anda boleh bermula dengan menyimpan jumlah yang tetap pada kadar nilai yang kecil, dan setelah anda punya simpanan yang lebih besar, mulalah melabur dalam tabungan yang lebih besar, seperti ASB atau Tabung Haji. Anda akan mendapati bahawa dengan menabung wang secara teratur anda dengan cepat akan membina sebuah sistem tabungan dan juga merasa termotivasi untuk menabung lebih banyak. Bahagian yang paling sukar adalah untuk mengambil langkah pertama dan mula menabung - MULALAH HARI INI! dan menyimpan wang SEKARANG! Jika anda merasa tidak mungkin untuk menyimpan wang selepas anda memilikinya, pertimbangkan untuk wang dikurangkan dari gaji anda terus setiap bulan. Ini boleh menjadi cara yang bagus untuk menjimatkan wang cepat kerana selepas itu sudah ditetapkan anda tidak akan melihat itu sedang dikumpul dan tabungan anda akan tumbuh tanpa usaha lebih daripada anda.

* Tips Jimat Wang 8

* Berbelanja dengan bijak. Pertimbangkan pasaran, superstore, pasar tani, pasar malam, kedai runcit, dan mart. Pasar petani boleh menjadi tempat yang sangat baik untuk menjimatkan wang. Biasanya anda membeli terus dari pengeluar produk sehingga barangan disampaikan kepada anda. Gunakan strategi masa membeli anda di sini - pasaran petani seringkali menawarkan peluang untuk menjimatkan wang dengan membeli dalam jumlah yang lebih besar dari harganya, untuk kentang misalnya, beras atau jagung. Ia cara penjimatan yang bijak.

* Tips Jimat Wang 9

* Makan di rumah berbanding diluar. Anda dapat menjimatkan wang yang lebih besar dalam keadaan ini. Anda boleh mendapatkan 2 cawan kopi dengan senang hati ketika anda dirumah, berbanding anda kena keluarkan belanja lebih ketika anda duduk di kedai. Objektif makan adalah sama. Tujuan yang sangat penting, perut anda harus diisi. Restoran makanan segera adalah pilihan kurang tepat, oleh kerana anda ingin cepat, anda telah memilih makanan yang tidak perlu dan tidak berkhasiat ketika itu. Kenapa tidak menunggu sehingga anda tiba di rumah dan mempunyai makanana yang lebih berkhasiat dan dalam masa yang sama anda dapat menjimatkan wang anda.

* Tips Jimat Wang 10

* Gunakan lebih sedikit. Ini penambungan wang yang kita semua harus belajar. Pertimbangkan untuk menggunakan syampu kurang apabila anda mencuci rambut anda, ini tidak bermakna rambut anda akan berada dalam keadaan kotor. Matikan lampu, TV dan komputer apabila tidak digunakan. Setiap tabungan kecil yang anda buat akan membina dan membolehkan anda untuk menyimpan wang. Penjimatan tenaga boleh dibuat dan akan menjimatkan wang dan baik untuk planet kita dan orang lain juga.


Tuesday, 3 April 2012

Cara Penyimpanan Wang


IDEA menyimpan wang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan kerana menyimpan wang adalah aktiviti mudah yang boleh dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan secara sukarela mengikuti cadangan-cadangan berikut:

1. Tetapkan objektif penyimpanan

Seperti merangka bajet, kita juga mesti menetapkan objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan yang munasabah ialah:

  • Membeli hadiah harijadi/perkahwinan untuk keluarga/sahabat
  • Pergi bercuti selepas penat bekerja
  • Mengubah suai rumah supaya lebih selesa
  • Menambah nilai premium insurans
2. Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian

Antara manfaat menggunakan wang tunai ialah anda mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelanjaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkan kad kredit anda di rumah ketika pergi membeli-belah. Sebagai ingatan, jangan lupa untuk menyimpan resit pembayaran tunai.

3. Kawal pengeluaran wang daripada ATM

Anda dinasihat agar menetapkan jumlah pengeluaran wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM300 sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan cara anda berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya anda mengurangkan perbelanjaan kapucino dan beralih kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya.

4. Langsaikan hutang tertunggak kad kredit

Untuk memudahkan proses, anda boleh menjadikan ini sebagai salah satu matlamat penyimpanan wang. Tetapkan tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil. Pastikan juga anda hanya berbelanja setakat mana wang anda mampu membayarnya. Secara tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan.

5. Tebus mata ganjaran kad kredit

Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar dengan barangan tertentu yang ditawarkan. Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk kepada katalog yang dikhaskan untuk pelanggan bagi memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan gunakan kad kredit untuk menambah nilai mata kerana ia menyimpang daripada objektif kewangan. 

6. Membeli-belah pada jualan murah

Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan pembelian hingga jualan murah dilangsungkan. Ini bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barang yang dihajati. Tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah. Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya ia mengurangkan perbelanjaan anda. Gunakan kempen “Karnival Membeli-Belah” dengan sebaiknya-baiknya. Di samping itu anda juga boleh mengunjungi “flea market” atau “car boot selling” di sekitar bandar raya kini. 

7. Membeli-belah di pasar gudang

Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di samping mempunyai kelebihan menawarkan harga lebih murah, anda juga dapat:

  • membeli semua keperluan di bawah satu bumbung
  • menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari barangan
  • menjimatkan penggunaan minyak kenderaan
  • menjimatkan pembayaran letak kereta
Tetapi pastikan anda membuat senarai barangan yang hendak dibeli terlebih dulu kerana tanpanya, anda mudah terpengaruh membeli barangan tidak diperlukan.

8. Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebihmurah

Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar sewa kedai? Sebenarnya, harga barangan ditetapkan berdasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang sama boleh diperoleh dengan harga yang lebih murah di kedai biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih murah dengan nilai mutu barangan atau perkhidmatan yang sama. 

9. Gunakan kupon diskaun/percuma

Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif, banyak peniaga menawarkan kupon diskaun/percuma untuk menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada kebanyakan kedai, di dalam majalah kegemaran anda mahupun di dalam kotak surat di rumah. Jika sebelumnya anda tidak ambil peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika Syarikat. 

10. Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari

Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekal anda ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal, pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejuk beku dan snek tenaga (energy bar). Di samping menjimat perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat badan ideal.

Jika anda mengamalkan petua di atas, anda dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Jika didarab, jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah positif ke arah mencapai matlamat kewangan.


Lima tips untuk mengatasi boros


Mari kita bercakap tentang orang biasa seperti kita. Adakah anda pernah keluar dari kedai, selepas membeli sesuatu yang sama sekali tidak perlu, dan kemudian buangkan? Atau, sebagai contoh, anda sentiasa membeli buku-buku baru, walaupun pada hakikatnya berdekatan terdapat sebuah perpustakaan yang baik? Dan anda boleh membuat pembelian di kedai-kedai dalam talian, apabila anda hanya melayari jaringan pada waktu petang? Pembaziran wang.

Ia hanya tabiat, tetapi ia serius boleh membahayakan kewangan anda kedudukan. Berikut adalah lima tip bagaimana untuk menghilangkan dan mula kawalan mereka kos. 

1) Sentiasa membayar tunai jika setiap kenaikan dalam jualan pusat anda membeli banyak berlebihan dan, dengan itu, menghabiskan wang lebih daripada yang sepatutnya, Berhenti menggunakan kad kredit. Keluar membeli-belah, mengambil sebenarnya jumlah yang anda sanggup menghabiskan hari. Jadi pada anda akan mendapat idea yang jelas tentang berapa banyak anda dibelanjakan. Apabila anda membayar tunai, anda tahu berapa banyak wang yang anda telah dalam tangan dan berapa banyak anda perlu memberi. Dalam kes kad kredit anda menghabiskan banyak lebih.

2) Karang senarai tidak kira sama ada anda akan membeli produk, alat tulis gabungan atau mana-mana bahan untuk pembaikan, sentiasa senarai keperluan asas. Anda tidak perlu pergi membeli-belah, jika anda
tidak jelas mewakili tujuan perjalanan anda. Jadi anda mungkin akan membeli lagi perkara-perkara yang anda tidak perlukan dan yang anda tidak gunakan. Produk-produk akan hanya menyemakkan sehingga rumah anda, sehingga anda membuat keputusan untuk menyingkirkan mereka. Juga, jika anda tidak membuat satu senarai, anda tidak boleh membeli yang paling penting. Dan kemudian anda perlu pergi membeli-belah lagi, yang bermaksud anda akan berbelanja lebih wang. Jadi tidak kembali ke kedai untuk hanya satu lupa perkara. 

3) untuk mengatur "hari puasa" dalam usaha memerangi tidak masuk akal perbelanjaan dana membantu amalan ini: bagaimana untuk memulakan boleh lebih "hari tanpa wang", iaitu hari di mana anda tidak akan menghabiskan sen. Sebagai contoh, cuba hujung minggu untuk mengelak daripada apa-apa pembelian. Melangkah ke tempat kerja, meninggalkan dompet anda di rumah, dan c ialah mengambil sesuatu makan pada waktu makan tengahari. Jika anda digunakan untuk membeli sentiasa akhbar minum kopi atau makan gula-gula, "zaman berpuasa" akan membantu anda menyingkirkan daripada ciri-ciri gaya hidup anda. Begitu juga hujung minggu. Hari ini anda lebih suka makan di bandar atau dengan kawan, pergi ke filem atau membeli-belah? Anda akan terkejut apabila anda sedar bahawa anda boleh berseronok dan percuma. 

4) Simpan rekod perbelanjaan anda selama dua minggu Rekod, semua jumlah wang yang anda dibelanjakan. Tentukan masa, tempat, apa yang anda beli dan berapa banyak ia kos. Oleh itu, anda boleh melihat dengan jelas Apa yang berlaku kepada wang anda. Beberapa item yang mungkin sangat "terkejut." Mungkin tambahan cawan kopi dan minuman adalah kelemahan anda sudah, tanpa yang anda tidak boleh melakukan satu hari. Tambahan pula, idea yang telah anda rekod setiap item yang dibeli, membuatkan anda berfikir dua kali sebelum membeli lagi buku atau CD. 

5) Jangan pergi ke kedai-kedai tertentu dan laman web di Internet Kita semua mempunyai senarai kedai-kedai yang menarik lebih daripada yang lain. Jika anda percaya bahawa anda tidak boleh keluar dari perdagangan ini Pusat tanpa pembelian, adalah lebih baik untuk tidak pergi. Cuba untuk tidak berada dalam ini Menyimpan masa. Jika anda mendapati diri anda sentiasa di tapak pusat membeli-belah, menyekat akses kepadanya dalam penyemak imbas anda. Seperti tindakan mungkin kelihatan tidak perlu, bagaimanapun, menghabiskan wang di kedai-kedai dalam talian sangat mudah, kerana dalam kes seperti ini, kita tidak fikir mengenai jumlah sebenar. Dan jika anda akan sengaja tersandung ke atas laman web ini, kunci yang ingat anda bahawa anda sedang dilarang daripada pandangannya.